Khamis, 1 Julai 2010

Kemudahan Asas- Masjid Bakau Tua


Masjid Bakau Tua terletak ditengah kampung dan ia adalah peninggalan warisan dahulu.

Jumaat, 25 Jun 2010

Kemudahan Asas - Sambungan

Sekolah Rendah Islam Tarbiyatul Islamiyah di Bakau Tua, Penaga, Seberang Perai Utara, merupakan Sekolah Agama yang diajar oleh
Guru-Guru KAFA.

Kemudahan Asas


Rabu, 23 Jun 2010

Rangkaian Kampung JKKKP Kaw Bakau Tua

JKKKP mempunyai 6 rangkaian kampung iaitu Bakau Tua (Kampung Induk), Kampung Permatang Keriang, Kampung Permatang Rawa, Kampung Sri Pantai, Kampung Kanchut dan Kampung Kuala Muda.

Antara Tugas-Tugas JKKKP

  • Mengumpul dan menyimpan profail kampung dan maklumat asas
  • Bertindak sebagai badan perantaraan di antara kerajaan dengan penduduk-penduduk kampung
  • Mengenalpasti struktur penduduk serta menyimpan rekod penduduk di kampung.
  • Mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkenaan masalah dan isu pembangunan di kampung mengikut saluran yang ditentukan
  • Melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan mengenai perkara-perlara yang memerlukan perhatian dan penyelesaian mengikut saliran tertentu
  • Mengemukakan minit-minit dan jadual mesyuarat kepada pihak-pihak yang berkenaan
  • Mengemaskini Bilik Gerakan Pembangunan Kampung

Selasa, 22 Jun 2010

Hasil Pendapatan Harian Kampung


Satu-satunya bengkel baikpulih bot kadun Penaga dengan kelengkapan penuh seperti rigger, hauling, dan sebagainya untuk memperbaiki kerosakan bot-bot.

Aktiviti-aktiviti Kampung


Bengkel cat mengecat dan ketuk mengetuk adalah
aktiviti baru yang dijalankan di Kampung Bakau Tua. Bengkel ini mempunyai sebuah bilik menyembur cat, set welding (gas dan arc) dan perkakas mengetuk.

Aktiviti-aktiviti Kampung


Bengkel besi di Kampung Bakau Tua adalah salah
satu punca pendapatan yang dapat membantu anak-anak muda kampung mencari pendapatan sampingan seperti membuat gril pintu, gril tingkap dan sebagainya lagi.

Misi

* Berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dan kerajaan pusat
melalui interaksi secara langsung dan teknologi maklumat.

Visi

* Menjadi yang terbaik dalam pelaksanaan pembangunan fizikal dan insan
di Malaysia.

Moto

* ke arah JKKKP yang maju, telus dan harmoni.

Peta Kawasan Kampung Bakau Tua


KEDUDUKAN KE UTARA
(Latitud. 5.57 darjah; Longitud 100.37 darjah)

Keindahan Kampung Bakau Tua


Kampung Bakau Tua adalah sebuah kampung induk dalam JKKKP Kawasan Bakau Tua.Ianya bersempadan dengan negeri Kedah Darulaman dan dipisahkan oleh Sungai Muda.Kampung ini terletak di utara, Seberang Perai Utara.